Thursday 20 October 2011

apa itu kreativiti dalam seni

kreativiti itu adalah kebolehan mewujudkan sesuatu yang baru sama sekali.Tetapi definisi ini terlalu ekstrem bagi menggambarkan kemampuan dan kebolehan manusia dalam berkreativiti. Eksperimen boleh dilakukan untuk menghasilkan sesuatu kreativiti dalam bentuk teknik, media baru atau kaedah baru dalam penghasilan seni visual. Kreativiti amat penting sebagai satu komponen dalam semua kegiatan intelektual dan merupakan suatu kebolehan untuk melahirkan idea-idea baru. 
Kreativiti boleh didefinisikan dalam empat bentuk iaitu bentuk ciri-ciri individu, tingkahlaku untuk mencapai kreativiti, hasil daripada proses dapatan kerja dan keadaan yang sesuai untuk kegiatan kreatif. 


Pandangan tokoh terhadap kreativiti dalam seni visual


 E. Paul Torrance mencadangkan Ujian IQ bukanlah satu-satunya cara mengukur daya intelektual seseorang. Beliau memperkenalkan instrumen untuk menguji tahap kreativiti sesseorang menggunakan Torrence Test of Creative Thinking.

 June King McFee, mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru/mampu mengolah idea baru/lain yang lebih bermakna. Seni tidak terhad kepada hasil karya seni sahaja tetapi juga melibatkan pengalaman estetika. Seni ialah satu bentuk komunikasi yang dipengaruhi oleh konteks budaya.